I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 3, 2010

Latihan Khas Untuk Kawalan Stolports Kudat

Pada 29 - 30 Julai 2010, *satu latihan khas diadakan untuk anggota RELA daerah Kudat yang ditugaskan membantu mengawal Lapangan Terbang Kudat. Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan awal mengenai tugas yang melibatkan kawalan dan keselamatan secara total di Lapangan Terbang Stolports (Kudat).

Selaras dengan saranan kerajaan, latihan ini juga merupakan langkah bagi meningkatkan lagi intergriti dan kecekapan anggota RELA, khususnya bagi membantu dan memudahkan penguatkuasaan.

Secara tidak langsung, pasukan RELA sebenarnya semakin mendapat kepercayaan bukan sahaja daripada pihak penguatkuasa, malahan masyarakat setempat yang mana pada masa ini sangat memberi sokongan positif kepada RELA.

Wakil penceramah daripada MASB sedang memberikan ceramah

Sedia membantu...

Tekun mendengar setiap butir yang diutarakan


*Petikan diambil daripada ucapan Pengarah RELA Negeri Sabah semasa majlis perasmian latihan

Gambar oleh: Nory TFauzi

Monday, August 2, 2010

laman sesawang pertama untuk RELA Sabah

Salam dan Salam 1Malaysia serta Salam 1RELA.

Buat pertama kali, laman sesawang untuk RELA Sabah dibina untuk membantu mempromosi aktiviti-aktiviti RELA di seluruh Sabah. Selain daripada itu juga, untuk menyebarkan maklumat-maklumat terkini mengenai pembangunan RELA Sabah khususnya.

Pihak Unit Latihan RELA Sabah akan berusaha dari masa ke semasa untuk memuat naik setiap aktiviti RELA yang berlaku setiap hari di seluruh Sabah agar masyarakat setempat dan dari luar amnya mendapat info terkini dan mendapat manfaat daripadanya.

Sekiranya anda mempunyai cadangan untuk pembaikan laman ini, segala komen dan kritikan anda amat dialukan. Sila hantar cadangan anda di relasbh@yahoo.com