I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 27, 2010

Sukan RELA Sabah 2010 Pada 16-18 Disember 2010

Sukan Bridged Muda RELA Sabah 2010 atau lebih senang disebut Sukan RELA Sabah 2010 adalah kejohanan sukan yang julung sekali diadakan bagi RELA negeri Sabah. Hanya dalam masa dua minggu, segala persiapan untuk penganjuran Sukan RELA Sabah telah dibuat dengan mengadakan hanya 3 kali mesyuarat penyelarasan di antara pegawai-pegawai RELA seluruh Sabah.

Acara sukan ini telah direalisasikan pada 16 Disember 2010 dan berakhir pada 18 Oktober 2010. Selama tiga hari warga RELA Sabah berkampung di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah iaitu venue bagi semua acara sukan. 

25 daerah beserta Ibu Pejabat RELA Sabah dan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah digabungkan dan dipecahkan kepada 7 zon iaitu:

1. Zon Pedalaman Atas (PA): Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan
2. Zon Pedalaman Bawah (PB): Beaufort, Sipitang, Labuan dan Kuala Penyu
3. Zon Pantai Barat Utara  (PBU): Kota Marudu, Kudat, Pitas dan Kota Belud
4. Zon Pantai Barat Selatan: Tuaran, KK, Penampang dan Papar
5. Zon Sandakan: Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Tongod
6. Zon Tawau: Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna
7. Zon Ibu Pejabat (IP): Ibu Pejabat RELA Sabah, PLRNS dan Ranau

Empat acara dipertandingkan iaitu Bola Sepak 9 Sebelah (Piala Pengarah RELA Negeri Sabah), Bola
Tampar, Bola Jaring dan Ping Pong.

Setiap peserta telah memberikan sokongan padu agar kejohanan sukan ini berlancar lancar. Setiap orang bukan sahaja telah memberikan komitmen dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi malah telah bersaing sesama secara sihat.
Secara tidak langsung, perpaduan di antara warga RELA seluruh Sabah bertambah erat dan ini menunjukkan pasukan RELA sememangnya amat mementingkan semangat kekitaan di dalam masyarakat amnya.

Keputusan akhir kejohanan sukan ini diumumkan pada hari terakhir iaitu pada 18 Disember 2010:

Juara Acara Ping Pong: PBS
Juara Acara Bola Tampar: PBU
Juara Bola Jaring: Tawau
Juara Bola Sepak 9 Sebelah: Sandakan
Juara Perbarisan: Tawau - diumumkan pada Majlis Makan Malam Mesra
Juara Keseluruhan: Sandakan

Pada malamnya, Majlis Makan Malam Mesra diadakan sempena penutup kejohanan ini. Kesemua pihak yang terlibat telah menghadiri acara ini bagi memeriahkan lagi majlis. Menu istimewa yang disediakan adalah daging kambing panggang dan seafood panggang.

Bagi persembahan pentas pula, setiap zon diwajibkan menyediakan 1 persembahan dan walaupun masa begitu suntuk untuk membuat persiapan, semua zon telah berjaya mempersembahkan persembahan dengan begitu baik.

Secara keseluruhannya, kejohanan Sukan RELA Sabah ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak.  Dengan itu, kami bagi pihak Ibu Pejabat RELA Negeri Sabah dan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang kejohanan sukan ini berlangsung.

*Gambar-gambar semasa kejohanan berlangsung akan dimuatnaik entri selepas ini. Harap maklum.