I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 27, 2010

Sukan RELA Sabah 2010 Pada 16-18 Disember 2010

Sukan Bridged Muda RELA Sabah 2010 atau lebih senang disebut Sukan RELA Sabah 2010 adalah kejohanan sukan yang julung sekali diadakan bagi RELA negeri Sabah. Hanya dalam masa dua minggu, segala persiapan untuk penganjuran Sukan RELA Sabah telah dibuat dengan mengadakan hanya 3 kali mesyuarat penyelarasan di antara pegawai-pegawai RELA seluruh Sabah.

Acara sukan ini telah direalisasikan pada 16 Disember 2010 dan berakhir pada 18 Oktober 2010. Selama tiga hari warga RELA Sabah berkampung di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah iaitu venue bagi semua acara sukan. 

25 daerah beserta Ibu Pejabat RELA Sabah dan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah digabungkan dan dipecahkan kepada 7 zon iaitu:

1. Zon Pedalaman Atas (PA): Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan
2. Zon Pedalaman Bawah (PB): Beaufort, Sipitang, Labuan dan Kuala Penyu
3. Zon Pantai Barat Utara  (PBU): Kota Marudu, Kudat, Pitas dan Kota Belud
4. Zon Pantai Barat Selatan: Tuaran, KK, Penampang dan Papar
5. Zon Sandakan: Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Tongod
6. Zon Tawau: Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna
7. Zon Ibu Pejabat (IP): Ibu Pejabat RELA Sabah, PLRNS dan Ranau

Empat acara dipertandingkan iaitu Bola Sepak 9 Sebelah (Piala Pengarah RELA Negeri Sabah), Bola
Tampar, Bola Jaring dan Ping Pong.

Setiap peserta telah memberikan sokongan padu agar kejohanan sukan ini berlancar lancar. Setiap orang bukan sahaja telah memberikan komitmen dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi malah telah bersaing sesama secara sihat.
Secara tidak langsung, perpaduan di antara warga RELA seluruh Sabah bertambah erat dan ini menunjukkan pasukan RELA sememangnya amat mementingkan semangat kekitaan di dalam masyarakat amnya.

Keputusan akhir kejohanan sukan ini diumumkan pada hari terakhir iaitu pada 18 Disember 2010:

Juara Acara Ping Pong: PBS
Juara Acara Bola Tampar: PBU
Juara Bola Jaring: Tawau
Juara Bola Sepak 9 Sebelah: Sandakan
Juara Perbarisan: Tawau - diumumkan pada Majlis Makan Malam Mesra
Juara Keseluruhan: Sandakan

Pada malamnya, Majlis Makan Malam Mesra diadakan sempena penutup kejohanan ini. Kesemua pihak yang terlibat telah menghadiri acara ini bagi memeriahkan lagi majlis. Menu istimewa yang disediakan adalah daging kambing panggang dan seafood panggang.

Bagi persembahan pentas pula, setiap zon diwajibkan menyediakan 1 persembahan dan walaupun masa begitu suntuk untuk membuat persiapan, semua zon telah berjaya mempersembahkan persembahan dengan begitu baik.

Secara keseluruhannya, kejohanan Sukan RELA Sabah ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak.  Dengan itu, kami bagi pihak Ibu Pejabat RELA Negeri Sabah dan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang kejohanan sukan ini berlangsung.

*Gambar-gambar semasa kejohanan berlangsung akan dimuatnaik entri selepas ini. Harap maklum.

Wednesday, November 17, 2010

Latihan Asas Skuad Muda RELA

Sejajar dengan  pelan tindakan kerajaan yang telah dirangka dengan gabungan dan kerjasama pelbagai agensi kerajaan iaitu NKRA (National Key Result Area), satu kerjasama antara dua pihak agensi iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan RELA telah dicapai di mana KBS telah bersetuju untuk memberi komitmen dan sokongan kepada RELA dalam membantu menggerakkan kempen keahlian didan menjenamakan semula keanggotaan di kalangan generasi muda.

Sebanyak sepuluh siri latihan asas Skuad Muda RELA peringkat negeri Sabah akan dijalankan yang bermula pada pertengahan Ogos 2010.  Dan sehingga ke hari ini sebanyak tiga siri telah dijalankan di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, Tuaran dengan seramai 603 peserta yang terdiri daripada belia yang berumur antara 18-40 tahun.

Sila lihat portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan di sini.




Gambar kenangan bersama YB Dato' Ahmad Shabery bin Cheek - Menteri Belia & Sukan Malaysia
(Skuad Muda RELA Siri 1/2010)
  


Skuad Muda RELA Siri 2/2010
  


Tuesday, August 3, 2010

Latihan Khas Untuk Kawalan Stolports Kudat

Pada 29 - 30 Julai 2010, *satu latihan khas diadakan untuk anggota RELA daerah Kudat yang ditugaskan membantu mengawal Lapangan Terbang Kudat. Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan awal mengenai tugas yang melibatkan kawalan dan keselamatan secara total di Lapangan Terbang Stolports (Kudat).

Selaras dengan saranan kerajaan, latihan ini juga merupakan langkah bagi meningkatkan lagi intergriti dan kecekapan anggota RELA, khususnya bagi membantu dan memudahkan penguatkuasaan.

Secara tidak langsung, pasukan RELA sebenarnya semakin mendapat kepercayaan bukan sahaja daripada pihak penguatkuasa, malahan masyarakat setempat yang mana pada masa ini sangat memberi sokongan positif kepada RELA.

Wakil penceramah daripada MASB sedang memberikan ceramah

Sedia membantu...

Tekun mendengar setiap butir yang diutarakan


*Petikan diambil daripada ucapan Pengarah RELA Negeri Sabah semasa majlis perasmian latihan

Gambar oleh: Nory TFauzi

Monday, August 2, 2010

laman sesawang pertama untuk RELA Sabah

Salam dan Salam 1Malaysia serta Salam 1RELA.

Buat pertama kali, laman sesawang untuk RELA Sabah dibina untuk membantu mempromosi aktiviti-aktiviti RELA di seluruh Sabah. Selain daripada itu juga, untuk menyebarkan maklumat-maklumat terkini mengenai pembangunan RELA Sabah khususnya.

Pihak Unit Latihan RELA Sabah akan berusaha dari masa ke semasa untuk memuat naik setiap aktiviti RELA yang berlaku setiap hari di seluruh Sabah agar masyarakat setempat dan dari luar amnya mendapat info terkini dan mendapat manfaat daripadanya.

Sekiranya anda mempunyai cadangan untuk pembaikan laman ini, segala komen dan kritikan anda amat dialukan. Sila hantar cadangan anda di relasbh@yahoo.com