I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 2, 2010

laman sesawang pertama untuk RELA Sabah

Salam dan Salam 1Malaysia serta Salam 1RELA.

Buat pertama kali, laman sesawang untuk RELA Sabah dibina untuk membantu mempromosi aktiviti-aktiviti RELA di seluruh Sabah. Selain daripada itu juga, untuk menyebarkan maklumat-maklumat terkini mengenai pembangunan RELA Sabah khususnya.

Pihak Unit Latihan RELA Sabah akan berusaha dari masa ke semasa untuk memuat naik setiap aktiviti RELA yang berlaku setiap hari di seluruh Sabah agar masyarakat setempat dan dari luar amnya mendapat info terkini dan mendapat manfaat daripadanya.

Sekiranya anda mempunyai cadangan untuk pembaikan laman ini, segala komen dan kritikan anda amat dialukan. Sila hantar cadangan anda di relasbh@yahoo.com


2 comments:

  1. saya seorang anggota rela beaufort Sabah.pemegang kad perlantikan rela bernombor SH0264328

    saya tak berpuas hati dengan cara segelintir pegawai rela di kawasan membakut kerana saya dah mendapat kad lantikan sejak 31 mei 2011

    akan tapi sehingga ke hari ini saya belum pernah di panggil untuk menghadiri apa-apa kursus,sedangkan ahli yang baru sahaja berdaftar dan menjadi anggota rela selepas saya telah pun mendapat kursus dan latihan serta uniform
    sedangkan saya masih menantikan dan mengimpikan sesuatu yg mungkin saya tak dapat .

    ReplyDelete